facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Pisau Buah Terpacak Di Mata Akibat Ditikam Isteri




Pisau Buah Terpacak Di Mata Akibat Ditikam Isteri

Pisau Buah Terpacak Di Mata Akibat Ditikam Isteri

  in Jenayah/Utama & Sensasi


KAKITANGAN sebuah hospital di China terkejut ketika melintasi seorang pesakit lelaki yang sedang menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan meskipun mengalami kecederaan serius di mata kirinya.

Menurut laporan media tempatan negara itu, lelaki berusia 30 tahun itu sedang menunggu giliran di sebuah hospital di Fujian.
Tambah media itu lagi, mangsa yang tidak diketahui identitinya itu tercedera akibat ditikam dengan pisau pemotong buah oleh isterinya dalam satu pertengkaran pada Sabtu lalu sekitar jam 1 pagi waktu tempatan.
Menerusi foto yang dikongsi laman The Sun, jelas kelihatan pemegang pisau terpacak pada wajah mangsa.
Seorang saksi yang juga berada di hospital itu turut memberitahu mangsa beratur di ruang menunggu dalam keadaan tenang untuk mendapatkan rawatan.
Imbasan CT dilakukan ke atas mangsa dan mendapati bilah pisau tersebut ditikam sedalam 3.4 inci (8.7 sentimeter) ke dalam kepalanya menerusi soket mata kiri mangsa.
Pisau Buah Terpacak Di Mata Akibat Ditikam Isteri
Pisau Buah Terpacak Di Mata Akibat Ditikam Isteri
Timbalan Penasihat Jabatan Pembedahan Neuro hospital tersebut, Dr. Xin Huining yang terkejut dengan situasi pesakitnya itu memberitahu kepada pemberita: “Saya menjadi doktor sejak 15 tahun lalu. Memang ini kali pertama saya melihat kejadian seperti ini.”
“Percaya atau tidak pisau itu tidak mengenai biji mata, arteri atau pangkal otak, malah turut terlepas rongga kranium dan disebabkan itu, pesakit berkenaan mampu bercakap dan bergerak seperti biasa,” katanya.
Pun begitu, mangsa dibenarkan meninggalkan hospital setelah kakitangan perubatan mengeluarkan objek tajam tersebut dan mencuci lukanya.
Tambah Dr. Xin lagi, mangsa tidak membuat laporan polis mengenai kejadian yang menimpa dirinya. –

Trending Malaysia 

Loading...

CER HABAQ MAI 

loading...