CER HABAQ MAI

  • Home
  • Menu 1
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 2
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 3
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...
Home » Uncategories » Lagi Insiden Yuna Dicium, Dipeluk Artis Barat

Lagi Insiden Yuna Dicium, Dipeluk Artis Barat




Lagi Insiden Yuna Dicium, Dipeluk Artis Barat

Lagi Insiden Yuna Dicium, Dipeluk Artis Barat

Published on Dec 14, 2016  in Artis/Utama & Sensasi


KEHEBATAN penyanyi Yuna yang kini mengorak langkah sebagai artis antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi.

Namun, sebagai seorang artis popular, setiap pergerakan dan kehidupan sosialnya sudah menjadi perhatian peminat di dalam negara.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila video Yuna dipeluk dan dicium rakan artis barat ketika menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas tersebar, baru -baru ini.
Dalam video tersebut, penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya ini sedang diwawancara sebelum didatangi rakan artis lelaki, Anderson Paak dengan memeluk bahagian bahunya.
Turut kedengaran suara pengacara yang menyatakan Anderson mahu menciumnya di mulut sambil dia turut memuji penyanyi kelahiran Sungai Petani itu.
Yuna kemudiannya mengucapkan terima kasih dan memeluk rakan artis tersebut sebelum lelaki itu mencium pipinya.
Tindakan Yuna dan rakan artis itu mendapat kritikan netizen kerana dianggap kurang sopan dan menjatuhkan imej wanita bertudung.
Ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Yuna yang seakan-akan ‘merelakan’ dirinya diperlakukan sedemikian kerana sudah tentu penyanyi itu tidak akan membiarkan artis di dalam negara malakukan perkara yang sama terhadapnya.
Insiden ‘pelukan’ membabitkan penyanyi ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini sekeping foto dia bersama Pharrell Williams tersebar di media sosial sehingga mendapat kritikan netizen.
Pada Julai tahun ini juga, Yuna turut dipeluk erat oleh Usher ketika menyanyikan lagu duet mereka Crush yang juga mendapat kritikan peminat.- 

Trending Malaysia

CER HABAQ MAI

Newer Post Older Post Home
loading...
Copyright 2016 CER HABAQ MAI
Design by Mas Sugeng