Tampin: Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah mental, membakar kereta seorang wanita dan mencabul seorang lagi wanita di FELDA Jelai 2, Gemas, di sini, hari ini.
Kedua-dua wanita itu dipercayai jiran
Dalam kejadian 3.30 pagi itu, Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Hamazah Ab Razak berkata, lelaki berusia 39 tahun terbabit mengetuk pintu rumah seorang wanita berusia 34 tahun, kira-kira 3.30 pagi.
“Berang wanita itu enggan membuka pintu, suspek membakar kereta mangsa sebelum melarikan diri.
“Beberapa jam selepas itu, suspek pergi ke rumah seorang wanita lain, masuk ke dalam rumah wanita berusia 32 tahun itu memeluknya, kira-kira 9.30 pagi.
“Wanita berkenaan membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, polis kemudian menahan suspek dan membawanya ke Hospital Segamat, Johor, untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.