facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

Ibu Pejam Mata Bila Anak Dicabul Kekasih ..


02/02/2017 – “Rambut sama hitam, hati lain-lain” itulah perangai manusia yang boleh di gambarkan sangat sukar diduga. Kalau jenis tidak berperikemanusia, darah daging sendiri atau ahli keluarga terdekat pun dijadikan mangsa untuk memuaskan nafsu.
Memang susah nak percaya orang sekarang ini, walaupun ahli keluarga sendiri. Sebabkan perbuatan terkutuk seperti ini, anak kecil yang tidak mengerti apa-apa menjadi mangsa.
Luahan seorang wanita dikenali sebagai Doktor Hana Hadzrami menerima kes kanak-kanak perempuan didera secara seksual ‘orang terdekat’. Lebih mengejutkan ibu seperti ‘sengaja’ membiarkan anak sendiri di cabul.
Ibu ‘sengaja’ membiarkan anak dicabul kerana pelaku ialah suami atau anak lelaki pengasuh, ataupun kekasih ibu anak itu sendiri. Saudara sendiri atau orang yang dikenali pun ada juga
“Baru-baru ini pihak kami memberi bius untuk pemeriksaan genital seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki telah didera secara seksual.
“Saban minggu pasti ada kes-kes sebegini. Tak kira kanak-kanak lelaki atau perempuan. Bayi atau budak besar. Semua ada.
“Saya dapat bayangkan perasaan ibubapa kanak-kanak itu. Marah, geram, rasa bersalah dan sedih yang bercampur-baur. Itulah selalunya perasaan ibubapa yang normal.
“Saya katakan begini kerana ada juga ibu yang tak normal, dah tahu suami atau kekasih hati meratah anak kandungnya sendiri. Namun dipejamkan mata kerana berasakan hidupnya bergantung sepenuhnya kepada individu tersebut. Celaru mana satu yang patut disembah, Tuhan atau kekasih. Pelik tetapi wujud,” tulisnya.
Dalam kes yang doktor Hana terima, kanak-kanak perempuan itu disyaki telah dicabul oleh kekasih ibunya. Syukur anak itu tiada koyakan pada selaput daranya.
Apa reaksi ibu terbabit apabila mengetahui anaknya telah dicabul kekasih tidak dapat diketahui. Diharap ibu tunggal di luar sana jangan terlalu agungkan lelaki bernafsu binatang seperti ini. Disebabkan lelaki seperti ini, anak-anak kecil telah rosak masa depan mereka.
Perkara ini sering berlaku apabila ibu bapa bercerai. Ramai wanita yang bergelar janda tidak kisah bersekedudukan dengan kekasih baru. Melanggar hukum agama hanya kerana cinta.

loading...