Jurulatih kecergasan ini berkata pakaian ke gimnasium bukanlah dikenakan sepanjang masa maka tidak wajar pihak tertentu mudah melemparkan kritikan.
“Saya tidak 24 jam memakai pakaian ketat. Mereka tidak faham cara berpakaian dalam industri ini dan memberikan komen kasar. Tetapi siapa dalam industri ini, mereka lebih tahu daripada sesetengah golongan Melayu,” katanya dalam satu wawancara bersama Malay Mail Online.
Ain bersenam enam hari seminggu, termasuk senaman kardio untuk kecergasan dan angkat berat untuk membina otot.
Menerusi akaun Instagram @ainramli, beliau gemar berkongsi aktiviti senaman di gimnasium selain menyampaikan maklumat berguna untuk kekal sihat.
Beliau pernah dikecam warga maya kerana tidak menggunakan pakaian yang lebih sesuai dan longgar sebagai seorang muslimah.
“Ada cara berpakaian dalam Islam tetapi biarlah antara saya dan Tuhan. Apa yang saya lakukan adalah bukan masalah anda, jadi apa sahaja yang saya lakukan adalah antara saya dengan Tuhan.
“Perlahan-lahan, saya akan cuba untuk memperbaiki diri saya sendiri,” katanya.