
Nelydia Keluar Katalog Baju Tidur Sensual, Romantis
AWAL Februari lalu pelakon Nelydia Senrose sudah menyatakan dia akan mengeluarkan satu clothing line di bawah jenamanya sendiri.
Baca: Nelydia Senrose Bakal Jual Pakaian Tidur
Jika kebanyakan selebriti lebih gemar menjual tudung, pakaian kasual dan minyak wangi, pelakon berusia 23 tahun ini pula mengambil pendekatan berbeza dengan mempertaruhkan jualan baju tidur yang direka khas untuk wanita.
Di bawah jenama Impian by Nelydia, pelakon cantik itu sudah mengeluarkan katalog baju tidur yang dijualnya.
Semuanya cantik-cantik dan nampak cukup selesa untuk dipakai ketika beradu!
Kesemua koleksi Impian dikeluarkan dalam 12 corak berlainan dan setiap satunya diberi nama berdasarkan zodiak seperti Leo, Scorpio, Virgo, Pisces, Libra dan lain-lain.
Koleksi Impian by Nelydia kini sudah mula dipasarkan menerusi agen-agen dan stokis jualan yang dilantik oleh pelakon itu.
Harga yang dijual bermula dari RM79.90 hingga RM226 sesuai dengan kualiti material tiffany silk yang digunakan dalam pembuatan produk tersebut.
Yang mana satu menjadi idaman kalbu anda? – MYNEWSHUB.CC


Related Posts :
Pelik Suami Beria-Ria Mahu Aku Berpantang Di Kampung..Habis Pantang TERKESIMA Si Suami Buat.. CER HABAQ MAI … Read More...
PENTING...!! TANDA-TANDA KANSER PAYUDARA YANG RAMAI WANITA TIDAK TAHU KEWUJUDANNYA.... SHARE KEPADA ORNG YANG ANDA SAYANG SUPAYA PENYAKIT INI DAPAT DIKESAN PADA PERINGKAT AWAL..... CER HABAQ MAI … Read More...
Siapa Sangka..Bertudung Labuh, Berperwatakan Lembut Tapi Sayang Rupa-rupanya Bertuankan Nafsu Sangat Ganaz Hingga.... Eee...Korang Bacalah Sendiri..!! CER HABAQ MAI … Read More...
Foto terkini Mael Xpdc selepas tidak sedarkan diri.....4 anaknya setiasa meneminya di Hospital, Moga Keluarganya Bertabah Menghadapi Dugaan ini... CER HABAQ MAI … Read More...
"Memang Aku Pelik Pegawai Wanita Mana Yg Diarahkan Untuk Kerja Shif Malam Berbulan-Bulan.. Malam Itu Aku Nekad Mengekorinya.. Baru Aku Tahu Rupanya Isteriku Adalah Seorang . CER HABAQ MAI … Read More...