facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...

» Lelaki Viralkan Gambar Wanita Kurung Anak Dalam Sangkar Untuk Beri Kesedaran, Sebaliknya







Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Seorang wanita baru-baru ini dikecam selepas gambar anaknya dikurung di sangkar di taman permainan Sham Shui Po tersebar luas di internet. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Hong Kong, China.

Kira-kira jam 9.30 pagi, wanita berusia dalam lingkungan 40-an itu dilihat mengurung anak lelakinya berusia 4 tahun serta anak perempuannya berusia 2 tahun di dalam sangkar besi. Perbuatan itu dilihat oleh seorang lelaki bernama Leung yang pada ketika itu berada di dalam kereta berdekatan dengan taman permainan tersebut yang terletak di Maple Street.
Menurut Leung, sangkar berukuran lebih kurang 2 kaki itu sebenarnya merupakan loker yang digunakan oleh pemain bola keranjang untuk menyimpan barangan mereka sementara bersenam.

Sumber: Apple Daily

Selepas memastikan kedua anaknya selamat di dalam, wanita itu terus ke taman untuk bersenam dan bermain bola keranjang. Namun, menurut Leung, perkara itu dilihat seperti biasa berlaku.
Saya rasa ianya sering berlaku, wanita itu nampak seperti sudah biasa melakukannya, dengan tenang sekali. Kanak-kanak itu pula masuk ke dalam sangkar tanpa perlu disuruh,” kata Leong.
Leung sempat mengambil gambar dan merakamkan perbuatan wanita itu menggunakan telefon bimbitnya dengan tujuan untuk ‘mengingatkan orang ramai’ supaya menghubungi pihak polis jika ternampak wanita tersebut melakukan perkara itu lagi di masa akan datang.

Sumber: Apple Daily


Sumber: Apple Daily


Namun, ternyata tindakannya itu memalukan dirinya sendiri apabila netizen rata-rata mengkritik tindakannya yang hanya mengambil gambar serta video tetapi tidak bertindak untuk menghalang perkara itu daripada berlaku.
Menurut netizen, Leung yang pada ketika itu menjadi saksi perkara tersebut seharusnya menghubungi pihak polis.
Mengapa dia sendiri tidak pergi menegur wanita itu atau hubungi pihak polis?” komen seorang netizen.
Mr Leung, anda seharusnya hubungi pihak polis terlebih dahulu sebelum hubungi wartawan. Kalau awak mahukan khidmat ambulan satu hari nanti, adakah anda akan hubungi wartawan dan memberitahu mereka?” komen seorang lagi.
Pelbagai tohmahan diterima Leung kerana sikap hipokrit yang kononnya mahu meraih kesedaran netizen namun bukan dengan cara yang betul.

Leung | Sumber: Apple Daily

Namun, ada juga netizen yang memarahi dan mengkritik tindakan wanita berkenaan berbuat sebegitu kepada anaknya sendiri.
Tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan kanak-kanak itu. Sanggup anda kurung anak-anak demi untuk bersukan?” kritik seorang netizen.
Jika anda rasa anak-anak itu menyusahkan dan satu bebanan, jangan beranak!” kata seorang lagi.
Namun, tidak dinyatakan jika kedua kanak-kanak itu adalah anak kepada wanita tersebut. Manusia memang sudah terbiasa dengan sikap suka menghukum tanpa usul periksa. Kadang kala tindakan kita melakukan sesuatu dipandang kejam dan tidak masuk akal namun hanya kita sahaja tahu sebabnya.
Tetapi jika betul itu adalah anak-anaknya, sudah pasti ada sebab tertentu mengapa dia berbuat sedemikian. Namun, jika ianya tanpa alasan yang munasabah memang seharusnya dia dikritik sebegini.

Trending Malaysia

CER HABAQ MAI 

 

0 Response to "Lelaki Viralkan Gambar Wanita Kurung Anak Dalam Sangkar Untuk Beri Kesedaran, Sebaliknya…"

loading...