BUKAN BERITA ONLINE BIASA

Imigresen Siasat Dakwaan Kes Rogol Tahanan Depoh
PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengambil tindakan serta-merta dengan menjalankan siasatan dalaman oleh Bahagian Integriti JIM berhubung dakwaan seorang tahanan wanita warga Thailand dirogol di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka.
Timbalan Ketua Pengarah (Kawalan) JIM, Datuk Ibrahim Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata pegawai yang terlibat telah dipanggil memberi keterangan.
“JIM akan melakukan siasatan secara terperinci berhubung kes ini yang jika hasil siasatan mendapati pegawai tersebut terbukti bersalah melanggar peraturan sebagai penjawat awam, jabatan ini tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib berdasarkan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) Pindaan 2002,” katanya lagi.
Jelas Ibrahim, JIM juga menyerahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan di atas laporan polis tersebut dan JIM akan sentiasa telus serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM.
JIM tidak akan berkompromi terhadap pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama baik dan imej jabatan serta tidak akan melindungi mereka yang terlibat dalam aktiviti tidak berintegriti, katanya lagi.
Tambah Ibrahim, tindakan dan hukuman yang serius akan diambil termasuk buang kerja jika pegawai yang melakukan kesalahan terbukti bersalah.
Akhbar tempatan hari ini melaporkan seorang wanita warga Thailand membuat laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah semalam mendakwa kakaknya dirogol oleh seorang anggota JIM ketika proses rakaman percakapan di Depot Tahanan Machap Umbo, Melaka dua minggu lalu. – BERNAMA
Related Posts :
'' 5 GAMBAR '' WANITA PENGOTOR. Yang Sanggup Berak Tepi Jalan.... BUKAN BERITA ONLINE BIASA Wanita Selamba Berak Di Tepi Jalan Published on Mar 15, 201… Read More...
Pemandu Lori Maut Dihempap Kayu Balak .. Pemandu Lori Maut Dihempap Kayu Balak Published on Mar 23, 2017 in Utama & … Read More...
JURURAWAT ini, Carina Linn, telah dinobatkan sebagai jururawat ‘paling seksi’ di dunia selepas mengejutkan ramai dengan gambar-gambar seksinya di media sosial BUKAN BERITA ONLINE BIASA Inikah Jururawat Paling Seksi Di Dunia? Published on Mar 21… Read More...
' KES ROGOL DAN BUNUH PERLAJAR ' .. PERLAKU JATUH KAN HUKUMAN SENDIRI .. BUKAN BERITA ONLINE BIASA Imigresen Siasat Dakwaan Kes Rogol Tahanan Depoh Published o… Read More...
Memilu kan '' Perkejaan Ibu-Ibu Di Kemboja '' Eksport Susu Badan Ke AS BUKAN BERITA ONLINE BIASA Kemboja Gantung Eksport Susu Badan Ke AS Published on Mar 2… Read More...