CER HABAQ MAI

  • Home
  • Menu 1
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 2
    • Sub Menu 1
    • Sub Menu 2
    • Sub Menu 3
  • Menu 3
facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close
loading...
Home » Uncategories » Farahdhiya Cari Bakal Suami Gigi Cantik, Kaki Gim ..

Farahdhiya Cari Bakal Suami Gigi Cantik, Kaki Gim ..

BUKAN BERITA ONLINE BIASA




Farahdhiya Cari Bakal Suami Gigi Cantik, Kaki Gim

Published on Mar 18, 2017  in Artis/Utama & Sensasi


MEMANDANGKAN usianya hampir mencecah 33 tahun, penyanyi Farahdhiya pastinya tidak dapat menolak ditanya mengenai soal kahwin dan lelaki yang telah mencuri hatinya.

Pun begitu, naib juara Gegar Vaganza musim kedua ini menafikan hatinya telah berpunya oleh mana-mana lelaki.
Menurutnya, kegagalan percintaannya dahulu membuatkannya lebih berhati-hati dan memilih.
Pada masa yang sama dia akui, mempunyai beberapa kriteria tertentu untuk jejaka idamannya.
“Dia tidak perlu terlalu kacak atau cukup sekadar kulit hitam manis. Dia juga mesti memiliki gigi yang cantik dan gusi bersih.
“Ini paling penting buat saya kerana dengan senyuman yang menampakkan gigi dan gusi yang bersih, ia akan membuatkan raut wajah lebih bersinar.
“Dia juga mestilah ‘kaki’ gimnasium dan pandai menjaga penampilan diri. Tapi kalau dia suka mengawal dan mengatur apa yang perlu saya buat, lupakan hasrat itu,” katanya kepada BH Online.
Suatu ketika dahulu, nama Farahdhiya pernah dikaitkan sebagai punca masalah rumah tangga Norman Hakim dan Abby Abadi. Pun begitu, penyanyi lagi Bertakhta di Hati ini menafikan sekeras-kerasnya gosip itu.
Dalam perkembangan lain, Farahdhiya bakal muncul dengan single baharu berjudul Kepada Dia. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

CER HABAQ MAI 

Newer Post Older Post Home
loading...
Copyright 2016 CER HABAQ MAI
Design by Mas Sugeng